Hari ini seluruh ppm daerah sandakan telah mengikuti bengkel pembangunan blog yang dibuat di makmal ict smk sandakan 2 mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.. tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu setiap prasekolah yang beroperasi memperkenalkan kelas prasekolah kepada orang ramai untuk mempermudahkan setiap individu mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti prasekolah dijalankan.
Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal. Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.
No comments:
Post a Comment