Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Konsep
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Prasekolah Sk Sri Tanjung Papat 1
Monday, 12 March 2012
Sekolah Saya
Prasekolah sk sri tanjung papat satu mula beroperasi pada awal tahun 2010.. Diawal penubuhan kelas prasekolah ini belum ada kelengkapan perabot atau bahan untuk mengajar murid-murid yang disediakan oleh kementerian. Oleh kerana kelas prasekolah ini perlu beroperasi segera untuk pendidikan awal murid pihak sekolah dengan senang hati meminjamkan bangku dan meja lama yang masih baik untuk kegunaan kelas prasekolah.. Semasa sekolah ini dibuka seramai 25orang murid yang mendaftar..
Bengkel Pembangunan Blog
Hari ini seluruh ppm daerah sandakan telah mengikuti bengkel pembangunan blog yang dibuat di makmal ict smk sandakan 2 mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.. tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu setiap prasekolah yang beroperasi memperkenalkan kelas prasekolah kepada orang ramai untuk mempermudahkan setiap individu mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti prasekolah dijalankan.
Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal. Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

Subscribe to:
Posts (Atom)